Langkau ke kandungan

Langkawi Tuan Rumah Simposium APGN 2026, Angkat Geopelancongan Asia Pasifik

A
Admin Utama
10 Jul 2026
Langkawi Tuan Rumah Simposium APGN 2026, Angkat Geopelancongan Asia Pasifik
LANGKAWI – Langkawi UNESCO Global Geopark akan menjadi tuan rumah Simposium Asia Pacific Geoparks Network (APGN) ke-9 pada 4 hingga 12 September 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

Bertemakan "Celebrating Networking in Geotourism" dengan tiga tunjang — Innovate, Connect, Transform — simposium ini bakal menghimpunkan pakar antarabangsa, pengurus geopark, penyelidik, penggubal dasar dan pengamal industri pelancongan dari seluruh rantau Asia Pasifik.

Antara pengisian utama termasuk sesi pleno, pembentangan kajian, bengkel tematik, pesta geopark serta lawatan lapangan ke geotapak terpilih di sekitar Langkawi yang menyimpan formasi batuan berusia lebih 500 juta tahun.

Langkawi diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark pertama di Asia Tenggara pada tahun 2007, dan penganjuran APGN 2026 dilihat mengukuhkan lagi kedudukan pulau lagenda itu sebagai peneraju geopelancongan mampan di rantau ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), apgn2026.lada.gov.my
Gambar: Kilim Geoforest Park — Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Kongsi